MOTO PPKIBP SMK ARAU, PERLIS

MENU PILIHAN

Monday, May 31, 2010

PENGENALAN



          Kurikulum ini dibina sebagai Kurikulum Kemahiran Vokasional Alternatif bagi kesinambungan daripada Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah Program Integrasi Pendidikan Khas Menengah. Kurikulum ini juga boleh digunakan untuk murid-murid berkeperluan khas lain yang berhasrat menyambung pendidikan dalam bidang kemahiran vokasional di Program Integrasi Pendidikan Khas di sekolah yang sama.

          Kurikulum ini mengandungi enam komponen terdiri daripada, Komponen Masakan, Komponen Jahitan, Kompenan Perkhidmatan, Komponen Pertanian, Komponen Penyelenggaraan dan Komponen Kraftangan.

          Cadangan perlaksanaan Mata pelajaran Vokasional Khas adalah kesinambungan kepada mata-mata pelajaran Kemahiran Hidup, Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif atau Kemahiran Sekolah Ke Kerjaya (SKK) dalam Kurikulum Alternatif bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid berkeperluan Khas yang berumur antara 16 tahun hingga 19 tahun perlu di perkembangkan potensi dan diperkukuh kemahiran yang ada pada mereka agar dapat dimanfaatkan apabila mereka meninggalkan alam persekolahan. Ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan, yang menekankan hidup berdikari.